Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sampah sarap jejaskan ekosistem, fauna Galapagos

    GALAPAGOS, Ecuador – Dengan berbekalkan sarung tangan dan guni besar sahaja, renjer taman dan anggota sukarelawan sedang bergelut dengan ancaman bahan buangan plastik yang merosakkan keindahan Pulau Galapagos dan haiwannya yang unik.

    Bertan-tan buangan plastik terdampar di pantai pulau Galapagos di mana zarah kecil berakhir dalam perut spesies yang hanya ditemui di gugusan kepulauan Pasifik 1,000 kilometer dari barat Ecuador.

    Zarah kecil berkenaan, selalunya daripada bahan yang dibuang di bandar besar dari negara lain malah benua, mungkin merupakan salah satu ancaman terbesar kepada iguana (sejenis biawak), kura-kura, burung dan ikan di Galapagos.

    Plastik kecil berkenaan menjadi sebahagian daripada rangkaian makanan “yang mungkin kami makan,” beritahu ahli biologi Jennifer Suarez, pakar ekosistem marin dengan Taman Negara Galapagos (PNG), kepada AFP.

    Sinar cahaya matahari dan air masin lautan mengurai botol, beg, penutup, bekas dan jaring ikan.

    Namun sementara objek berkenaan mungkin kelihatan padat oleh mata kasar, apabila dipukul oleh batu atau ombak, zarah kecil itu mungkin terurai, yang seterusnya dimakan oleh haiwan.

    Penjaga Taman Negara Galapagos bersama dengan ahli sukarelawan sedang mengklasifikasikan sampah sarap yang dikumpulkan di pantai Pulau Isabela di Kepulauan Galapagos di Lautan Pasifik. – AFP
    Seorang sukarelawan menunjukkan topi yang berjaya dikutip di pantai Pulau Isabela di kepulauan Galapagos di Lautan Pasifik. – AFP
    Seekor iguana marin Galapagos (Amblyrhynchus cristatus) terlihat berjalan berhampiran sampah sarap di pantai Pulau Isabela di Kepulauan Galapagos, Lautan Pasifik. – AFP
    Seekor anjing laut berbulu Galapagos (Arctocephalus galapagoensis) terlihat sedang berehat berhampiran sampah sarap di pantai Pulau Isabela di Kepulauan Galapagos, Lautan Pasifik. – AFP
    Seorang sukarelawan menunjukkan label minuman teh hijau yang berjaya dikutip di pantai Pulau Isabela di kepulauan Galapagos, Lautan Pasifik. – AFP
    A volunteer collects garbage on the shore of Isabela Island in the Galapagos Archipelago in the Pacific Ocean, 1000 km off the coast of Ecuador, on February 22, 2019. – Galapagos National Park rangers and a group of volunteers collect garbage in remote places and unpopulated areas on the Isabela Islands and San Cristobal coast. (Photo by Rodrigo BUENDIA / AFP)
    Ahli biologi dan penjaga Taman Negara Galapagos, Jennifer Suarez, sedang mengutip sampah dari sarang seekor burung dendang air (Nannopterum harrisi) di pantai Pulau Isabela di Kepulauan Galapagos di Lautan Pasifik. – AFP
    A volunteer shows a soda can collected in the coast of Isabela Island in the Galapagos archipelago in the Pacific Ocean, 1000 km off the coast of Ecuador, on February 20, 2019. – Galapagos National Park rangers and a group of volunteers collect garbage in remote places and unpopulated areas on the Isabela Islands and San Cristobal coast. (Photo by RODRIGO BUENDIA / AFP)
    Para sukarelawan sedang mengutip sampah sarap di pantai Pulau Isabela di Kepulauan Galapagos di Lautan Pasifik, 1,000 kilometer dari pantai Ecuador. – AFP

    Setiap tahun, dan meskipun cuaca panas dan hangat matahari, kumpulan ekspedisi tiba di pantai Galapagos untuk meninjau kerosakan berpunca daripada manusia.

    Barangan seperti kasut, pemetik api, pen dan tin adalah antara bahan buangan yang ditemui di kawasan yang digunakan oleh haiwan, termasuk sesetengah yang menghadapi risiko kepupusan.

    Di zon tidak berhuni seperti Punta Albemarle, di kawasan utara pulau Isabela, di mana AFP menyertai sekumpulan tukang pembersih, bahan buangan telah ditemui di merata tempat.

    “Lebih 90 peratus daripada bahan buangan yang dikutip tidak datang daripada aktiviti Galapagos tetapi dari Amerika Selatan, Amerika Tengah malah kebanyakan bahan buangan dengan jenama Asia,” kata pengarah PNG Jorge Carrion.

    Dengan penduduk berjumlah kira-kira 25,000, gugusan kepulauan itu, tapak Warisan Dunia UNESCO, telah memperketat undang-undangnya mengenai penggunaan plastik dalam beberapa tahun ini.

    Kebanyakan bahan buangan plastik yang terdampar di pantai Galapagos adalah botol produk Peru, Colombia atau Panama, dan bekas dengan jenama China.

    Bahan buangan berkenan “mungkin datang daripada armada penangkapan ikan dari Asia di luar kawasan ekonomi eksklusif Galapagos,” kata Carrion, bercakap daripada dok PNG di Puerto Ayora, ibu negara Pulau Santa Cruz.

    Sejak tahun 1996, nelayan tempatan telah membersih pulau paling terpencil itu dan dalam tempoh tiga tahun lalu, mereka telah menyimpan buku daftar.

    “Ia membolehkan kami mengenalpasti asal usul bahan buangan di pantai yang tidak berhuni,” kata Suarez.

    Dalam tempoh pemantauan dua tahun lalu, kami mendapati sejumlah besar jenama adalah dari Peru dan China.”

    Sementara tidak adanya undang-undang sedemikian buat masa sekarang, harapannya adalah buku daftar ini boleh digunakan pada masa hadapan untuk membuat tuntutan wang pampasan terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kerosakan alam sekitar.

    Sudah berada di tahun 2019, lapan tan bahan buangan berjaya dikumpul, berbanding dengan 24 tan sepanjang 2018 dan kurang 6.5 tan pada tahun sebelumnya.

    Renjer taman juga menyimpan buku daftar, tetapi buku daftar mereka adalah haiwan yang terjejas oleh bahan buangan, seperti burung dendang air yang membuat sarangnya menggunakan lampin dan beg plastik, atau badan itik laut yang ditemui tertimbus dalam timbunan sampah.

    Satu lagi penemuan mengejutkan adalah beg plastik yang telah digigit oleh penyu laut, yang mana menyangka ianya adalah ubur-ubur, sebahagian diet penting bagi haiwan itu.

    “Kita secara sembarangan telah membuang banyak sampah ke dalam laut sehingga ia telah sampai ke pantai di mana tidak adanya orang, tetapi telahpun terdapatnya sampah,” beritahu Sharlyn Zuniga kepada AFP.

    Ahli sukarelawan kebersihan berusia 24 tahun itu berkata beliau terjumpa pantai asli dengan pasir putih halus, tetapi dirosakkan oleh sampah sarap.

    “Apa yang saya lihat amat sukar diterima. Kami sudah biasa melihat kawasan terbaik Galapagos dalam gambar dan poskad,” katanya.

    Beg besar berisi bahan buangan plastik yang dikumpul di gugusan kepulauan itu dihantar ke Ecuador untuk dibakar.

    “Kami membuang bahan buangan yang terkumpul di kawasan berkenaan, untuk mengelaknya mengurai dan berubah menjadi zarah kecil,” kata Suarez.

    Carrion berharap bahan buangan yang dikutip akan semakin berkurangan tetapi tahun 2019 dijangka menerima jumlah yang sama seperti tahun 2018.

    “Kami perlu melakukan lebih daripada hanya mengutip bahan buangan. Kami perlu menarik kesedaran pada peringkat global, supaya orang berhenti membuang bahan buangan ke laut,” kata Carrion. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda