Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sampah tidak diurus undang haiwan liar

    Saya selalunya berjalan kaki ke tempat kerja memandangkan jarak perjalanan tidak begitu jauh.

    Namun, semasa dalam perjalanan baru-baru ini, saya ternampak sekumpulan monyet memunggah sampah di hadapan sebuah rumah.

    Monyet-monyet tersebut duduk sambil makan sampah di atas tembok berhampiran tempat pengumpulan sampah tersebut. Kadang-kadang ia bergaduh semasa sendiri berebut makanan.

    Memandangkan monyet-monyet tersebut agak besar tubuhnya dan kelihatan agresif, timbul rasa takut dan bimbang sekiranya saya diserang. Setelah perlahan melintasi kawasan tersebut, mujur saya tidak dihiraukan dan boleh melintas dengan selamat.

    Sebenarnya kejadian ini sudah berlaku beberapa kali. Beberapa haiwan lain seperti anjing-anjing dan biawak besar juga pernah memunggah sampah mencari makan di tempat sama dan apabila terserempak haiwan-haiwan berkenaan, saya berasa gusar, khuatiri diserang.
    Tambahan lagi, kawasan tersebut sudah pasti menjadi kotor dengan sampah bertaburan dan berbau busuk.

    Oleh itu saya ingin menyeru pihak berkenaan untuk mengurus sampah dengan betul seperti memasukkan ke dalam tong yang cukup besar dan ditutup rapat untuk mengelak dipunggah haiwan.

    Selain itu, pihak pemungut sampah diharap dapat datang mengikut jadual ditetapkan demi mengelakkan timbunan sampah berlonggok akibat lewat dikutip.

    Sesungguhnya saya tidak mahu menjadi mangsa pertama yang dicederakan binatang di kawasan tersebut. Saya hanya mahu selamat berjalan pergi dan balik ke tempat kerja.

    Gadis baik

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda