Oleh Nurdiyanah R. – BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Para daie atau mubaligh dan orang-orang yang dipikulkan amanah untuk memelihara agama, diseru supaya mereka menyampaikan nasihat-nasihat agama dengan jujur dan ikhlas tanpa ragu-ragu atau takut-takut. Dalam zaman yang serba kacau ini, nasihat-nasihat agama adalah sangat-sangat diperlukan, asal sahaja nasihat-nasihat itu menepati kehendak-kehendak syarak aliran

