Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sampul surat, setem kenang-kenangan mula dikeluarkan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Para pengumpul setem akan berpeluang menambah koleksi mereka dengan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan Setem Kenang-kenangan sempena Penubuhan ke-100 Tahun Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang akan dikeluarkan esok.

    Jabatan Perkhidmatan Pos dalam kenyataannya hari ini, menyatakan bahawa keluaran setem kenang-kenangan berkenaan merupakan inisiatif PPDB bagi memperingati ulang tahun ke-100 sejak penubuhannya pada 1921.

    Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Pos mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan enam keping setem.

    Produk-produk setem yang akan dijual adalah Sampul Surat Rasmi Hari Pertama Bersetem, Sampul Surat Rasmi Hari Pertama Tanpa Setem, setem enam keping dan Setem Set Penuh (enam keping) pada harga tertentu.

    Para penggemar koleksi setem dan orang ramai boleh memperoleh setem kenang-kenangan dengan mengunjungi cawangan-cawangan pejabat pos yang berdekatan dari 8 pagi hingga 3 petang.

    Setem Kenang-kenangan sempena Penubuhan ke-100 Tahun PPDB. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...