SEOUL, 28 JULAI – Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk berkata kelmarin bahawa gergasi teknologi Samsung Electronics akan menyediakan cip AI6 generasi akan datang kepada Tesla.
Kenyataan tersebut dibuat oleh syarikat Korea Selatan berkenaan susulan daripada pengumuman berkaitan perjanjian AS$16.5 bilion.
Samsung berkata pada hari ini bahawa ia telah memperoleh perjanjian selama lapan tahun dengan sebuah ‘syarikat global utama’.
“Syarikat gergasi Samsung akan membuat cip AI6 generasi akan datang untuk Tesla. Kepentingan strategik ini sangat penting,” kata Musk pada X.
“Samsung bersetuju untuk membenarkan Tesla membantu untuk maksimumkan kecekapan pembuatan,” tambahnya sambil menyebut perjanjian tersebut sebagai ‘titik kritikal’.
“Saya sendiri akan ikuti proses ini untuk mempercepatkan kadar kemajuan,” katanya sambil menyatakan kilang Samsung di Texas ‘terletak dengan tidak jauh dari rumah saya’.
Perjanjian itu mewakili kira-kira 7.6 peratus daripada unjuran jualan tahunan Samsung untuk 2024 walaupun enggan mengesahkan pelanggannya adalah Tesla.
Perjanjian itu juga dijangka memberikan rangsangan yang besar kepada Samsung, yang sedang menghadapi persaingan dengan syarikat SK Hynix dan TSMC dari Taiwan dalam membina cip kecerdasan buatan tercanggih. – AFP
