Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Samsung bina pusat semikonduktor terbesar dunia

    SEOUL, 15 MAC – Samsung Electronics berkata hari ini ia menjangka melabur 300 trilion won (AS$230 bilion) dalam tempoh 20 tahun akan datang sebagai sebahagian daripada projek negara Korea Selatan untuk membina pusat pengeluaran semikonduktor terbesar di dunia berdekatan ibu negara Seoul.

    Pusat pengeluaran cip mega itu, yang akan ditubuhkan di wilayah Gyeonggi menjelang 2024, akan meliputi lima kilang semikonduktor baharu dibina oleh Samsung. Ia berhasrat menarik 150 syarikat lain yang mengeluarkan bahan dan komponen atau membangunkan cip teknologi tinggi, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan.

    Kilang baharu Samsung akan dibina di tapak kilang domestik sekarang dan akan mengeluarkan cip memori komputer yang digunakan untuk menyimpan data dan cip logik margin lebih tinggi bertujuan menjalankan fungsi yang lebih luas, kata syarikat.

    Syarikat gergasi dalam perniagaan memori global, Samsung berusaha mengembangkan kehadirannya dalam semikonduktor moden, mengunjurkan permintaan akan meningkat pada tahun-tahun akan datang dengan pengenalan teknologi baharu seperti rangkaian wayarles 5G, kecerdasan buatan dan kereta pandu sendiri.

    Pusat semikonduktor itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan yang diumumkan hari ini untuk mempromosi enam industri teknologi utama yang dilihat oleh negara sebagai paling pen

    ting untuk ekonominya yang bergantung pada eksport.

    Selain semikonduktor, ia juga termasuk bateri boleh dicas semula, kenderaan elektrik, robotik, paparan dan teknologi bio. Kerajaan berharap dapat menarik 550 trilion won (AS$422 bilion) dalam pelaburan korporat menerusi projek tersebut sehingga 2026. – AP

    Logo Samsung Electronics Co kelihatan di pejabatnya di Seoul, Korea Selatan pada 31 Januari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...