SEOUL, 31 Okt – Samsung Electronics hari ini mencatat keuntungan operasi suku dan bersih yang memberangsangkan untuk tempoh Julai sehingga September tatkala permintaan yang kukuh terhadap cip memorinya melindungi kesan kemelesetan penjualan telefon pintar, tetapi mengingatkan mengenai masa yang sukar di masa hadapan.
Syarikat teknologi Korea Selatan itu, pengeluar telefon pintar dan cip memori terkenal di dunia, telah berpulih daripada beberapa siri halangan, termasuk penarikan balik dan pemenjaraan ketua de facto, untuk mencatat beberapa siri jumlah yang memecah rekod.
Keuntungan telah didorong oleh unit semikonduktor, yang membekalkan cip untuk perantinya sendiri serta pesaing termasuk Apple.
Namun keputusan tersebut akan berakhir, menurut Samsung dalam satu kenyataan, berkata ia menjangka ‘pendapatan keseluruhan dalam syarikat akan merosot’ pada suku keempat disebabkan faktor bermusim dalam pasaran semikonduktor.
Memasuki tahun 2019, ‘pendapatan diramalkan lemah untuk suku pertama’ atas sebab-sebab yang sama, tambahnya, sebelum keadaan perniagaan meningkat.
Untuk suku ketiga 2018, Samsung melaporkan keuntungan operasi sebanyak 17.6 trilion won, naik 21 peratus berbanding tahun lalu dan amat tinggi untuk mana-mana suku.
Keuntungan bersih juga meningkat 17.5 peratus tahun-ketahun untuk mencecah 13.1 trilion won untuk tempoh Julai-September, juga satu rekod, sementara jualan bertambah 5.5 peratus kepada 65.4 trilion won.
“Ia sejajar dengan jangkaan tetapi ia akan menjadi kemuncak,” beritahu Greg Roh daripada HMC Sekuriti dan Pelaburan. – AFP
