Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Samsung Electronics akan laksana projek teknologi AI dengan universiti Korea

    SEOUL, 17 JUN – Firma teknologi Korea Selatan, Samsung Electronics berkata hari ini bahawa ia akan melancarkan sebuah pusat penyelidikan Kecerdasan Buatan (AI) dengan Seoul National University (SNU), lapor Xinhua.

    Pusat penyelidikan itu akan melaksanakan projek bersama mengenai teknoloji maju AI, seperti AI pada peralatan dan AI pelbagai bentuk untuk tiga tahun akan datang, kata syarikat itu.

    Teknologi AI bersepadu Samsung, termasuk terjemahan masa nyata, dalam telefon pintar kemegahannya, Galaxy S24 yang dikeluarkan awal pada tahun ini, sambil meluaskan integrasi AI kepada produk lain.

    Samsung berkata ia akan memupuk dan mendapatkan bakat muda AI menerusi projek bersama itu, yang mana ia dijangka membantu mendapatkan teknologi teras AI dan mengukuhkan daya saingannya dalam dunia AI yang berkembang pantas. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda