Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Samsung Electronics dijangka lancar telefon pintar baharu bercirikan AI

    SEOUL, 26 JUN – Samsung Electronics Co. dijangka melancarkan telefon pintar siri Galaxy baharu bercirikan kecerdasan buatan (AI) bulan depan.

    Samsung Galaxy Unpacked 2024 akan berlangsung di Paris pada 10 Julai (waktu tempatan), kira-kira dua minggu sebelum pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas Paris, lapor Agensi Berita Yonhap pada hari ini.

    Samsung tidak mengulas lanjut, tetapi pemerhati pasaran menjangkakan Samsung akan melancarkan siri Galaxy Z Fold baharu dan Galaxy Z Flip 6 dengan AI generatif.

    Dalam acara itu, Samsung juga dijangka memperkenalkan peranti pintar Galaxy Ring pertamanya dan siri Galaxy Watch 7. – Bernama

    Orang ramai melalui kedai Samsung Gangnam di Seoul, Korea Selatan, pada 30 April 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda