Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Samsung Engineering raih kontrak AS$680 juta

    KUCHING, 13 JULAI – Samsung Engineering dari Korea Selatan hari ini mengumumkan bahawa pihaknya memperoleh kontrak bernilai AS$680 juta dari Sarawak Shell Bhd (SSB) untuk membina loji gas darat (OGP) untuk projek Rosmari Marjoram SSB di Bintulu, kira-kira 620km utara dari negara itu.

    Dalam kenyataan, katanya kontrak itu untuk kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) loji tersebut, yang akan dilaksanakan dalam dua fasa dan fasa pertama akan dijalankan dalam skop yang terhad sebelum SSB membuat keputusan muktamad pelaburan (FID), dengan baki skop tersebut akan dilaksanakan selepas FID diperoleh.

    “Loji itu akan mempunyai kapasiti untuk memproses sehingga 800 juta kaki padu gas setiap hari. RFSU (sedia untuk dimulakan) projek OGP dijangka dapat dicapai pada akhir 2025,” katanya.

    Menurut kenyataan itu, Samsung Engineering mendapat kontrak berkenaan selepas bersaing dan berjaya muncul sebagai pembida yang berjaya daripada Front End Engineering and Design (FEED) dual. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Engineering, Sungan Choi berkata rekod prestasinya, kepakaran serantau dan pelaburan mampan di Sarawak, selain strategi untuk mengambil bahagian daripada peringkat FEED dan melaksanakan penyelesaian menyeluruh dalam EPCC telah membolehkan mereka mendapat kontrak tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda