Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Samsung Engineering rancang projek ammonia di Sarawak

    KUCHING, 26 JAN – Samsung Engineering Co., Ltd, yang merupakan antara syarikat peneraju pengurusan projek serta kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) yang terkemuka di dunia telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangunkan hidrogen hijau serta projek ammonia di Sarawak.

    Projek Ammonia/Hidrogen Hijau H2biscus Sarawak (Projek H2biscus) akan ditempatkan di Bintulu, akan dibangunkan secara bersama dengan Lotte Chemical, Posco dan SEDC Energy Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

    “Projek H2biscus bertujuan untuk menukar kuasa hidro dan gas asli kepada hidrogen hijau/metanol serta hidrogen biru dan menukar hidrogen kepada ammonia, dengan sasaran bagi membekalkan hidrogen serta ammonia ke Korea Selatan dan Sarawak,” kata Samsung Engineering dalam satu kenyataan hari ini.

    Majlis pemeteraian itu diadakan dalam format maya dan dihadiri oleh Ketua Penyelesaian Perniagaan Samsung Engineering Park Cheonhong, Ketua Pengurusan ESG Lotte Chemical Kim Yeon-Seop, Pengurus Perniagaan Posco Hydrogen Jo Joo-Ik dan Pengerusi SEDC Tan Sri Abdul Aziz Husain.

    Di bawah MoU itu, keempat-empat pihak akan mengambil peranan aktif dalam membangunkan keseluruhan kitaran projek termasuk pelaburan langsung, pembinaan, pengangkutan dan penggunaan.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Engineering Sunan Choi berkata projek itu akan membawa peluang untuk menghasilkan pelbagai produk mesra alam seperti hidrogen hijau, ammonia hijau dan biru, metanol hijau serta pengumpulan dan penggunaan karbon.

    “Ianya akan menjadi projek contoh bertaraf antarabangsa membabitkan perdagangan tenaga boleh diperbaharui selain sebagai pengangkutan hidrogen antara Korea dan Malaysia termasuk mewujudkan piawaian berkaitan hidrogen bagi kedua-dua negara,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...