Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Samsung guna pembantu pengekodan AI untuk tingkatkan produktiviti

    SEOUL, 8 JUN – Samsung Electronics Co hari ini, menyatakan akan menggunakan perkhidmatan pembantu pengekodan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Cline bulan depan, demi meningkatkan produktiviti kakitangan pembangunan perisiannya, lapor agensi berita Yonhap.

    Dalam notis baru-baru ini, syarikat itu memaklumkan bahawa ia telah memulakan ujian beta bagi Cline untuk kakitangan di bahagian Device eXperience (DX) yang merangkumi perniagaan mudah alih, TV dan peralatan rumah.

    Cline merupakan alat AI sumber terbuka yang membantu pembangun menulis, menyunting dan menguji kod hanya menggunakan arahan bahasa semula jadi seperti ‘buat fungsi log masuk’.

    Berbeza dengan pembantu pengkodan konvensional yang hanya boleh menangani tugas asas, Cline mampu mengendalikan proses pembangunan perisian yang lebih kompleks, sekali gus meningkatkan produktiviti secara ketara.

    Samsung merancang untuk meneruskan ujian beta sehingga akhir bulan ini dan menyasarkan untuk melancarkan versi rasmi seawal bulan depan. – Bernama

    Samsung Electronics Co bakal meningkatkan perkhidmatan dengan menggunakan pembantu pengkodan berasaskan kecerdasan buatan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda