Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Samsung lancar telefon Galaxy S23

    SEOUL, 2 FEB – Samsung Electronics Co. memperkenal barisan telefon pintar utama Galaxy S23 di San Francisco kelmarin.

    Pembuat telefon pintar terbesar di dunia itu melancarkan tiga model siri Galaxy S23, Galaxy S23 Plus dan model mewah Galaxy S23 Ultra dan komputer riba Galaxy Book3 pada acara Unpacked di Auditorium Masonic.

    Ia merupakan acara Unpacked dwitahunan pertama gergasi teknologi itu dalam tempoh tiga tahun akibat pandemik COVID19, menurut agensi berita Yonhap.

    Presiden perniagaan eXperience mudah alih elektronik Samsung Roh Tae Moon, berkata telefon pintar baharu Samsung dilengkapi sistem kamera yang “semakin pintar menerusi inovasi premium baharu Galaxy, yang menawarkan foto dan video terbaik dalam apa jua keadaan.”

    Galaxy S23 Ultra didatangkan dengan sensor imej 200 megapixel yang meningkatkan teknologi piksel dan kualiti imej apabila merakam pada waktu malam.

    Selain itu Galaxy S23 turut dilengkapi dengan pemprosesan grafik 41 peratus lebih pantas berbanding siri Galaxy S22. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda