Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Samsung, Stellantis bina kilang bateri kedua

    PARIS, 24 JULAI – Pengeluar kereta Amerika Syarikat-Eropah Stellantis, yang jenamanya termasuk Fiat, Jeep dan Peugeot, dan anak syarikat Samsung merancang untuk membina kilang bateri kereta elektrik kedua di Amerika Syarikat (AS), kata syarikat itu hari ini.

    Lokasi kilang itu masih belum diumumkan tetapi Stellantis dan Samsung SDI Korea Selatan berkata ia akan memulakan pengeluaran pada 2027, dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 34 gigawatt jam (GWj).

    Ia akan dapat menghasilkan ratusan ribu kenderaan yang dibuat oleh Stellantis.

    Stellantis, yang jenama AS termasuk Chrysler, Dodge, Ram dan Jeep, merancang mempunyai 50 peratus daripada jualan kenderaan elektrik di AS menjelang 2030.

    “Kemudahan baharu ini akan menyumbang kepada pencapaian sasaran agresif kami untuk menawarkan sekurang-kurangnya 25 kenderaan elektrik bateri baharu untuk pasaran Amerika Utara menjelang akhir dekad,” kata Ketua Eksekutif Stellantis, Carlos Tavares dalam satu kenyataan.

    Syarikat itu berusaha untuk mendapatkan kira-kira 400 GWh kapasiti bateri untuk mencapai sasaran jualannya.

    tellantis dan Samsung SDI sudah membina kilang giga di Kokomo, Indiana – pelaburan antara AS$2.5 bilion dan AS$3.1 bilion – dengan pengeluaran dijadualkan bermula pada 2025 dan kapasiti 33-GWj. – AFP

    Orang ramai melihat teknologi pengecasan daripada Jeep Wrangler 4xe di petak Stellantis semasa pameran CES di Las Vegas pada 6 Januari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda