SEOUL, 3 MEI – Samsung Electronics Co. akan mula menerima tempahan awal untuk telefon pintar model terbaharunya, edisi warna emas, lapor agensi berita Yonhap.
Gergasi teknologi Korea Selatan itu berkata hari ini tempahan mula dibuka pada Isnin, untuk telefon pintar lipat model Galaxy Z Flip, menjelang pelancaran rasmi pada Rabu.
Sebelum ini model itu dilancarkan dengan dua warna iaitu hitam dan ungu. Galaxy Z Flip mempunyai ciri-ciri perlindungan lapisan kaca ultranipis di atas skrin OLED, pertama seumpamanya, menjadikannya tahan lama dan calar. – Bernama