SEOUL, 8 APRIL – Samsung Electronics hari ini mengumumkan ramalan jualan rekod suku pertama dan berkata ia menyaksikan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan untuk keuntungan, walaupun penganalisis memberi amaran tarif Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi boleh memberi kesan kepada gergasi teknologi Korea Selatan itu.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas kemerosotan pasaran saham di Asia dan Eropah yang dicetuskan oleh tindakan balas China terhadap tarif AS yang tinggi dan keengganan Presiden Donald Trump untuk mengalah walaupun dibelenggu masalah.
Dalam pemfailan kawal selia, Samsung meramalkan keuntungan operasi Januari hingga Mac meningkat kepada 6.6 trilion won (AS$4.5 bilion), turun 0.15 peratus daripada tahun sebelumnya tetapi meningkat hampir dua peratus pada suku sebelumnya.
Ia hampir 34 peratus lebih tinggi daripada anggaran purata, menurut agensi berita Korea Selatan Yonhap, yang memetik data syarikat kewangannya sendiri.
Syarikat itu merupakan anak syarikat utama gergasi Korea Selatan Kumpulan Samsung, setakat ini yang terbesar daripada konglomerat dikawal keluarga yang menguasai perniagaan dalam ekonomi keempat terbesar di Asia itu.
Ia adalah kuasa besar semikonduktor, dan salah satu pengeluar telefon mudah alih terbesar di dunia. – AFP
