Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Samudra RSC teruskan misi

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Pasukan Samudra RSC meneruskan misi mereka untuk menamatkan Liga Coneli Veteran 2017 di tempat lima teratas, selepas berjaya mengalahkan Pasukan Perkasa dengan Jaringan 2-1 di Padang MBM Bandar Raya Miri, Sarawak pada Ahad lepas.

    Persembahan yang mantap dan kerjasama berpasukan antara pemain Samudra RSC telah membuktikan bahawa tiga mata penuh itu selayaknya milik mereka. Mereka yang ketinggalan 0-1 pada separuh masa kedua perlawanan menukar rentak perlawanan dengan membuat serangan bertubi-tubi.

    Tidak lama kemudian, Awang Boy Rahman berjaya memperdayakan pertahanan lawan dan menjaringkan gol penyamaan menerusi hantaran jarak jauh pertahanan Samudra, Awang Jefri.

    Manakala jaringan kedua pula diperolehi melalui sepakan sudut Awang Madd Kool yang telah berjaya disempurnakan oleh Awang Ismail bin Mahmud dengan tandukan cantik menjadikan kedudukan 2-1 hingga tamat perlawanan.

    Samudra RSC terus optimistik untuk mengejar dan berada di kedudukan lima teratas Liga Coneli Veteran 2017 musim ini.

    Berdasarkan keputusan itu, Pasukan Samudra kini berada di tempat kelapan dan mengutip 17 mata, tiga mata di belakang Pasukan Wisma RSC yang berada di tempat kelima liga.

    Pengurus Samudra RSC, Awang Kassim bin Haji Ibrahim ketika ditemu bual oleh wartawan Media Permata, berkata beliau rasa berbesar hati dengan semangat yang tinggi dan sifat tidak putus asa para pemain Samudra RSC.

    “Kemenangan Samudra RSC ke atas Pasukan Perkasa baru-baru ini telah menjadikan para pemain bermotivasi tinggi untuk mengejar kedudukan yang terbaik iaitu tangga lima teratas liga, walaupun hanya tinggal dua baki perlawanan. Usaha bagi mencapai misi itu akan ditingkatkan dengan mengadakan latihan secara berterusan,” kata beliau.

    “Kepada semua pemain Samudra RSC, saya berharap mereka akan terus berusaha meningkatkan stamina dan meneruskan semagat juang mereka bagi menghadapi perlawanan sukar menentang Pasukan Mulu dan Pasukan Wisma tidak lama lagi,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda