YOKOHAMA, 25 MAC – Jepun berjaya membenam Korea Selatan yang tanpa Son Heung Min dengan keputusan 3-0 hari ini dalam perlawanan persahabatan pertama antara kedua-dua seteru dalam tempoh 10 tahun.
Miki Yamane menjaringkan gol dalam penampilan sulung untuk meletakkan Jepun di hadapan pada minit ke-17, sebelum Daichi Kamada menambah jaringan 10 minit kemudian dan Wataru Endo melengkapkan kemenangan perlawanan.
Penyerang Tottenham Hotspur, Son terpaksa menarik diri dari skuad Korea Selatan dan tidak membuat perjalanan ke Jepun, selepas ketua kelab, Jose Mourinho mengadu bahawa pemain itu dipanggil semasa masih mengalami kecederaan.
Takumi Minamino memulakan perlawanan walaupun pengurus Ralph Hasenhuttl membantah tindakan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ untuk pemain membuat perjalanan bagi perlawanan antarabangsa semasa pandemik.
Keputusan tersebut memberikan kemenangan Samurai Blue yang pertama di laman sendiri sejak November 2019, dan pemanasan badan yang bagus sebelum mereka menyambung kempen kelayakan Piala Dunia menentang Mongolia Selasa depan. – AFP
