Pelakon popular Bollywood, Sana Khan mengambil keputusan berhijrah dan memaklumkan akan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya. Menurut laporan Hindustan Times, Sana memberi bayangan dia tidak ingin lagi berkecimpung dalam industri hiburan dan mahu mendekatkan diri dengan agama. Menerusi Instagram, Sana berharap keputusannya itu tepat dan berdoa supaya Allah akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.