Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sanae Takaichi bakal jadi PM wanita pertama Jepun

    TOKYO, 21 OKT – Parlimen Jepun bersedia untuk memilih Sanae Takaichi yang ultrakonservatif sebagai perdana menteri (PM) wanita pertama negara itu hari ini, sehari selepas partinya yang bergelut mencapai perjanjian gabungan dengan rakan kongsi baharu.

    Takaichi akan menggantikan Perdana Menteri, Shigeru Ishiba, menamatkan kekosongan politik selama tiga bulan dan perbalahan sejak kekalahan teruk Parti Demokratik Liberal (LDP) dalam pilihan raya Julai lalu.

    Ishiba, yang hanya bertahan satu tahun memegang jawatan, meletak jawatan terdahulu, membuka jalan kepada penggantinya.

    “Kestabilan politik adalah penting sekarang,” kata Takaichi pada majlis menandatangani perjanjian dengan pemimpin Parti Inovasi Jepun dan Gabenor Osaka, Hirofumi Yoshimura kelmarin. “Tanpa kestabilan, kita tidak boleh mendorong langkah untuk ekonomi atau diplomasi yang kukuh.”

    Sebaik sahaja beliau dipilih sebagai perdana menteri, Takaichi, 64, akan membentangkan Kabinet dengan beberapa sekutu LDP, Taro Aso, dan lain-lain yang menyokongnya dalam undi kepimpinan parti.

    JIP tidak akan memegang jawatan menteri dalam Kabinet Takaichi sehingga pihaknya yakin dengan perkongsiannya dengan LDP, kata Yoshimura.

    Takaichi bakal berhadapan pelbagai tugas berat menjelang pertemuan untuk berbincang dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan sidang kemuncak serantau. Beliau perlu segera menangani kenaikan harga dan menyusun langkah meningkatkan ekonomi menjelang akhir Disember untuk menangani kekecewaan orang ramai.

    Walaupun beliau akan menjadi wanita pertama berkhidmat sebagai perdana menteri Jepun, beliau tidak tergesa-gesa untuk mempromosikan kesaksamaan atau kepelbagaian jantina.

    Sanae Takaichi, semasa meninggalkan pejabat ketua parti selepas pemilihan kepimpinan LDP di Tokyo, pada 4 Oktober. Beliau bakal dilantik jadi perdana menteri. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda