Sanchez julang Inter belasah Brescia

MILAN, 2 JULAI – Alexis Sanchez menjaringkan penalti dan memberikan dua assist ketika Inter Milan menang menewaskan pasukan tercorot Brescia 6-0 di Serie A pada perlawanan semalam, sementara musuh tradisi mereka, AC Milan merebut undian terakhir SPAL.

Sanchez memberikan assist yang cukup cantik kepada Ashley Young di awal perlawanan yang berlangsung di Stadium San Siro setelah hanya lima minit perlawanan bermula dan penyerang Chile itu menjaringkan sepakan penalti untuk menggandakan kedudukan berikutan kekasaran terhadap Victor Moses.

Seterusnya Danilo D’Ambrosio menjaringkan gol ketiga buat Inter sebelum separuh masa pertama berakhir melalui hantaran lintang Young, dengan Roberto Gagliardin menjaringan gol melalui sepakan percuma Sanchez ketika Inter meraih gol keempat pada minit ke-53.

Christian Eriksen menjaringkan gol pertamanya di Serie A sejak perpindahannya dari Tottenham pada Januari lalu.

Antonio Candreva melengkapkan perlawanan dua minit sebelum wisel penamat menerusi sepakan sudut dan merupakan gol keenam buat Inter.

Inter berada lapan mata di belakang pendahulu liga, Juventus dengan berbaki sembilan perlawanan masih perlu dimainkan.

“Kami terus melakukan yang terbaik dan kami tidak bolos hari ini adalah positif besar,” kata jurulatih Inter, Antonio Conte.

Sanchez, yang muncul kali keempat sebagai pemain kesebelasan utama musim ini setelah perjanjian pinjamannya dari Manchester United dilanjutkan hingga akhir musim ini. – AFP

Aksi Alexis Sanchez dari Inter Milan ketika mengawal bola semasa perlawanan Serie A antara Inter Milan dan Brescia di Stadium San Siro, Milan, Itali, semalam. – AP