SYDNEY, 11 Julai – Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger hari ini menegaskan penyerang Alexis Sanchez (gambar) tidak akan ke mana-mana sambil berkata pemain itu dijangka menghormati perjanjian dan berpotensi melanjutkan kontraknya. Pemain Chile berusia 28 tahun itu hanya memiliki baki setahun perjanjian bersama Gunners tetapi belum menandatangani kontrak baru dan dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern