SYDNEY, 11 Julai – Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger hari ini menegaskan penyerang Alexis Sanchez (gambar) tidak akan ke mana-mana sambil berkata pemain itu dijangka menghormati perjanjian dan berpotensi melanjutkan kontraknya.
Pemain Chile berusia 28 tahun itu hanya memiliki baki setahun perjanjian bersama Gunners tetapi belum menandatangani kontrak baru dan dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich dan Manchester City.
Laporan di Britain berkata dia akan dilepaskan dengan tag harga sehingga 80 juta pound (AS$103 juta) tetapi Wenger menggambarkan ini tidak akan berlaku.
“Pemain tersebut masih ada kontrak dan kami menjangkanya untuk menghormati kontrak mereka. Ia apa yang kami mahukan,” katanya di Sydney mengenai penyerang itu.
Ditanya jika dia masih berazam untuk mengekalkan Sanchez dan tidak melepaskannya kepada pesaing Liga Perdana, Wenger menjawab: “Ya, ini adalah apa yang saya katakana pada akhir musim. Dia menjadi penambah nilai kepada skuad dan saya rasa dia sayang dengan kelab.”
Sanchez, yang pada musim lalu mengurangkan gambaran pemain yang bersungut ketika Arsenal bergelut dengan rentak dan ketidakpastian terhadap masa depan Wenger, tidak akan berada dalam jelajah pra-musim ke Australia kerana rehat selepas Piala Konfederasi bulan lalu.
Tetapi Wenger berkata laporan pemain Chile itu memaklumkannya dia mahu meninggalkan kelab adalah tidak benar dan pengurus Gunners itu menjawab ‘Tidak’. – AFP