RABAT, 7 APRIL – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah mengadakan kunjungan ke Maghribi hari ini, selepas Madrid berusaha untuk menamatkan krisis diplomatik lama dengan ne-gara Sahara Barat itu, perkara yang menjadi keberangan kepada Algeria.
Lawatan penting tersebut akan menyaksikan Raja Mohammed VI mengalu-alukan Sanchez sebagai tetamu kehormat bagi majlis iftar.
Lawatan daripada Sanchez dan menteri luar negerinya, Jose Manuel Albares, dihasratkan untuk mengurangkan ketegangan antara dua kerajaan tersebut.
Namun langkah untuk menggugurkan dasar keneutralan yang lama dipegang oleh Sepanyol ke atas negara Sahara Barat itu telah mencetuskan kecaman ke atas Sanchez, termasuk anggota gabungan pemerintahnya. – AFP
