Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sanchez lawat Maghribi, reda ketegangan

    RABAT, 7 APRIL – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah mengadakan kunjungan ke Maghribi hari ini, selepas Madrid berusaha untuk menamatkan krisis diplomatik lama dengan ne-gara Sahara Barat itu, perkara yang menjadi keberangan kepada Algeria.

    Lawatan penting tersebut akan menyaksikan Raja Mohammed VI mengalu-alukan Sanchez sebagai tetamu kehormat bagi majlis iftar.

    Lawatan daripada Sanchez dan menteri luar negerinya, Jose Manuel Albares, dihasratkan untuk mengurangkan ketegangan antara dua kerajaan tersebut.

    Namun langkah untuk menggugurkan dasar keneutralan yang lama dipegang oleh Sepanyol ke atas negara Sahara Barat itu telah mencetuskan kecaman ke atas Sanchez, termasuk anggota gabungan pemerintahnya. – AFP

    Gambar fail Perdana Menteri Pedro Sanchez (kiri) semasa dialu-alukan oleh Raja Maghribi, Mohammed VI di Rabat, Maghribi pada 19 November 2018. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...