LONDON, 16 Jan – Jose Mourinho berkata, memang hebat sekiranya bintang Arsenal, Alexis Sanchez menjadi pemain Manchester United selepas Manchester City dikatakan tidak lagi berminat dengan tonggak Chile itu. Sanchez, 29, sudah mengharungi aksi terakhirnya bersama Arsenal dan Ahad lalu, pengurus Arsene Wenger berkata bahawa masa depan pemain itu akan ditentukan dalam tempoh 48 jam.