Sanchez sah ‘angkat kaki’ dari United, milik Inter

LONDON, 6 OGOS – Jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata kelmarin bahawa Alexis Sanchez telah melengkapkan perpindahan secara tetap ke Inter Milan.

Pemain Chile berusia 31 tahun itu menyertai Inter pada Ogos lalu selepas bersama United selama satu musim setengah, telah berjaya menjaringkan empat gol dalam 31 penampilan bersama kelab Itali itu.

“Saya mengesahkan bahawa Alexis akan menjadi pemain Inter pada Khamis,” Solskjaer memberitahu siaran berita BT Sport.

“Alexis mempunyai musim yang bagus di sana, dia adalah pemain yang bagus, jadi kami ingin mengucapkan selamat berjaya kepadanya,” tambahnya.

Jurulatih Inter, Antonio Conte memuji impak Sanchez meskipun terlepas dari beraksi selama lebih dari dua bulan pada awal musim ini disebabkan oleh kecederaan bahagian kaki.

“Saya rasa perpindahan Alexis Sanchez adalah sesuatu yang hebat dilakukan oleh kelab.

“Memandangkan kondisi ini kami berjaya mengikat Alexis, ia merupakan urus niaga yang sangat baik,” katanya kepada Sky Sports Italia.

“Dia terpaksa menunggu selama dua tahun apabila dia bergelut di Manchester United, kemudian dia mengalami kecederaan ketika bersama kami dan kami mengambil masa kepada dua untuk berada di landasan yang betul, jadi sekarang adalah masa yang tepat untuk memberikan ganjaran atas usahanya itu,” tambahnya.

Terdahulu, ketua eksekutif Inter, Beppe Marotta berkata Sanchez telah menandatangani perjanjian selama tiga tahun di San Siro. – AFP

Alexis Sanchez telah melengkapkan perpindahan secara tetap ke Inter Milan dari Manchester United. – AP