MILAN, 29 OGOS – Penyerang Manchester United Alexis Sanchez tiba di Milan kelmarin untuk beraksi secara pinjaman selama setahun bersama Inter, menurut beberapa laporan.
Gambar pemain ber-usia 30 tahun itu dilihat melambai para peminat di lapangan terbang sebelum dibawa pergi mendapatkan rawatan untuk menandatangani kontraknya lewat hari itu, lapor Sky Sports Italia dan Gazzetta Dello Sport.
Sanchez akan beraksi bersama penyerang Belgium Romelu Lukaku yang menandatangani kontrak 65 juta euro (AS$73 juta) dari Manchester United pada musim panas dan menjaringkan gol buat Inter pada penampilan pertama Isnin lalu.
Sanchez menyertai United dari Arsenal pada Januari 2018 tetapi hanya menjaringkan tiga gol Liga Perdana dalam 32 penampilan.
Antonio Conte sebagai jurulatih Inter bermula langkah kanan dengan kemenangan 4-0 ke atas Lecce Isnin lalu.
Inter yang memenangi Serie A pada 2010 di bawah Jose Mourinho telah diubahsuai oleh bekas jurulatih Itali dan bos Chelsea Conte yang menggantikan Luciano Spalletti selepas kelab milik negara itu selesai di tempat keempat musim lalu. Inter berkunjung ke Cagliari untuk aksi Serie A Ahad ini. – AFP
