Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sancho dijangka pulang ke Dortmund

    DORTMUND, 7 JAN – Penyerang England, Jadon Sancho, dilaporkan hampir kembali ke Borussia Dortmund dari Manchester United.

    Tabloid Jerman Bild melaporkan pada Khamis kedua-dua buah kelab itu bersetuju dengan perjanjian pinjaman untuk Sancho yang berusia 23 tahun hingga akhir musim, dengan hanya sedikit butiran belum selesai yang akan dimuktamadkan.

    Bild melaporkan Dortmund perlu membayar kira-kira 3 juta euro (AS$3.3 juta) untuk pinjaman itu.

    Sancho tidak disukai jurulatih United, Erik ten Hag, dan hanya membuat tiga penampilan liga sebagai pemain gantian musim ini. Dia tidak bermain sejak Ogos.

    “Saya tidak boleh berkata apa-apa tentang itu,” kata Ten Hag pada Khamis ketika ditanya mengenai sebarang perjanjian dengan Dortmund. “Kita perlu tunggu dan lihat bagaimana keadaannya.”

    Gambar fail menunjukkan Sancho memberi tepukan kepada penyokong selepas perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di stadium Stamford Bridge di Manchester, England, pada 19 Februari. – AP

    Sancho menyertai United dari Dortmund dengan harga 85 juta euro (AS$100 juta) pada 2021. Dia menjaring sembilan gol dalam 59 penampilan Liga Perdana Inggeris.

    Sancho sebelum ini bermain selama empat tahun di Dortmund, menjaringkan 50 gol dalam 137 perlawanan kompetitif. Dia menyertai kelab Jerman dari Manchester City pada 2017.

    Dortmund tidak konsisten musim ini, dan dikatakan mencatat prestasi cemerlang dalam Liga Juara-juara dengan menduduki tempat teratas dalam kumpulan bersama Paris Saint-Germain, AC Milan dan Newcastle, tetapi mengecewakan di Bundesliga, di mana ia gagal memenangi mana-mana daripada empat perlawanan terakhirnya.

    Selepas 16 pusingan, pasukan itu sudah ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu liga Bayer Leverkusen.

    Dortmund menamatkan 2023 tanpa kemenangan dalam mana-mana enam perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan.

    Sancho menjaringkan tiga gol dalam 23 penampilan untuk England. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda