Tuesday, February 11, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sancho masih belum selesai ‘isu’ bersama United

    LONDON, 10 FEB – Satu hantaran ringkas di media sosial menunjukkan Jadon Sancho masih mempunyai ‘isu’ dengan Manchester United.

    Sancho menamatkan tempoh sukar di United dengan menyertai Chelsea secara pinjaman pada Ogos dan dia melihat seorang bekas rakan sepasukan, Marcus Rashford, turut meninggalkan Old Trafford dalam keadaan yang kurang menyenangkan.

    Rashford baru-baru ini menyertai Aston Villa secara pinjaman untuk baki musim ini dan selepas membuat penampilan dari bangku simpanan dalam kemenangan 2-1 ke atas Tottenham di Piala FA, kelmarin, dia menulis di Instagram, “Terima kasih atas sambutan hangat. Persembahan pasukan yang hebat.”

    Sancho adalah antara ramai pemain yang membalas hantaran rakan sepasukan England itu, hanya menulis ‘Freedom’ bersama emoji doa dan tangan terangkat. – AP

    Marcus Rashford beraksi semasa perlawanan pusingan keempat Piala FA Inggeris antara Aston Villa dan Tottenham Hotspur di Villa Park, Birmingham, England, pada 9 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda