Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sandal ‘leke’ simbol identiti budaya Ivory Coast

    ABIDJAN – Di Abidjan, musim hujan sedang berakhir, tetapi penduduk tempatan tidak pernah membuang ‘leke’ mereka , iaitu sandal plastik murah dan kalis air, yang telah menjadi simbol identiti budaya Ivory.

    “Semua orang pernah memakai leke,” kata Rokia Daniogo, seorang peniaga berusia 33 tahun, ketika dia duduk di tepi jalan di pasar besar di daerah Treichville yang sibuk, di mana para pembeli mengunjungi ratusan gerai.

    “Semua kanak-kanak memakai leke, bahkan anak damit,” tambahnya.

    “Mereka pergi bermain bola dan ke sekolah dengan memakainya,” kata ibu kepada empat anak itu, yang mana semua anaknya memakai sandal itu sejak mereka mula berjalan.

    Beberapa meter dari gerai itu berdiri Ousmane Kaba, yang menjual dan memakai leke setiap hari.

    Sandal ‘leke’ Ivory Coast selalunya dalam warna kebangsaan negara. – AFP

    “Ia laku terjual”, terutamanya bagi mereka yang berumur 18 hingga 35 tahun seperti dirinya, dan semasa musim hujan Mei hingga September, katanya.

    Peniaga lain, Mounir Ben mengatakan leke dicipta selepas Perang Dunia Kedua di Perancis, bekas pemerintah kolonial Ivory Coast.

    Ia telah dijual di pasaran Ivory Coast selama 30 atau 40 tahun dan kepopularan selipar di seluruh dunia tidak dapat merampas apa yang telah menjadi simbol identiti Ivory Coast.

    “Awda akan menemui leke di Senegal dan Mali, tetapi tidak sebanyak seperti yang awda lihat di Ivory Coast,” kata peniaga Senegal, Samba Basse.

    Terdapat pelbagai model leke – sederhana, lut sinar atau bercorak. Ia biasanya dalam warna kebangsaan negara, iaitu warna jingga, putih dan hijau.

    Sesetengah leke memiliki nama pemain bola sepak terkenal, seperti pemain Perancis kelahiran Ivory Coast, Basile Boli atau superstar Argentina, Lionel Messi.

    Harga kasut itu merupakan faktor utama ia laris, dijual pada harga sekitar 1,000 CFA franc, atau 1.50 euro (AS$1.6).

    Leke paling mahal yang terdapat di pasaran berharga 2,000 franc. Ia mempunyai tapak kaki yang lebih tebal dan kurang cenderung tergelincir.

    Pengkritik fesyen Ivory Coast, Emmanuelle Keita menjejaki kewujudan leke pada tahun 1980an, apabila ia dipakai semata-mata oleh orang yang mempunyai kemampuan kewangan terhad.

    “Orang yang bermain zouglou (sejenis muzik yang dikecam penyanyi awal sebagai ketidakstabilan kehidupan pelajar) memakai leke di kaki mereka, dan zouglou kekal sebagai identiti muzik yang paling terkenal di negara ini,” katanya.

    “Bagi saya, ia merupakan aksesori fesyen yang penting bagi orang ramai, untuk lelaki yang sibuk, yang bekerja keras,” kata Keita. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda