Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sandal Steve Jobs dijual AS$218,750

    LOS ANGELES, 15 NOV – Rumah di California di mana Steve Jobs menubuhkan Apple merupakan satu tapak bersejarah, dan kini sandal yang dipakai beliau ketika berjalan di dalam rumah itu telah dijual dengan harga kira-kira AS$220,000, menurut firma pelelongan.

    Sandal suede warna perang Birkenstocks yang dipakai sejak pertengahan 1970 itu mencatat rekod harga tertinggi yang dibayar untuk sepasang sandal, kata firma Julien’s Auction baru-baru ini.

    “Lapik gabus dan jut dalam sandal memelihara tapak kaki Steve Jobs, yang telah terbentuk selepas digunakan bertahun-tahun,” kata firma pelelongan itu dalam penyenaraian di laman webnya.

    Sandal itu dijangka dijual pada harga AS$60,000, tetapi harga jualan akhir bersama NFT adalah AS$218,750. Julien’s tidak mendedahkan nama pembeli.

    Jobs dan Steve Wozniak bersama menubuhkan Apple pada 1976 di rumah ibu bapa Jobs di Los Altos, California. Pada 2013, harta itu dinamakan tempat bersejarah oleh Suruhanjaya Sejarah Los Altos.

    Jobs meninggal dunia pada 2011 akibat komplikasi kanser pankreas. – AP

    Gambar serahan Julien’s Auction menunjukkan sandal Birkenstocks milik Steve Jobs dijual pada pelelongan di Hard Rock Cafe di New York pada 13 November 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...