Friday, June 28, 2024
34.1 C
Brunei

    -

    Sandal tradisional Jepun kekal bergaya, selesa dipakai

    TOKYO – Zori merupakan sandal tradisional Jepun yang berwarna-warni, bergaya dan selesa dipakai. Sandal tradisional itu dipamerkan di sepanjang dinding kedai di Tokyo dan pada kebiasaanya dipakai di luar rumah.

    Ketika pengunjung berjalan melalui kawasan lama di Tokyo, mereka akan menemui zori yang diperbuat menggunakan fabrik sulaman lembut yang dipanggil meriyasu.

    Di sebuah kedai bernama Merikoti yang terletak berhampiran Ryogoku Kokugikan di Sumida Ward, Tokyo, khusus dalam pembuatan fabrik zori untuk kegunaan di dalam rumah.

    Tapak sandal zori dihasilkan dengan mengait benang fabrik menjadi bentuk bujur. Ia mempunyai pelbagai warna seperti merah, jingga, hijau gelap dan lavender, serta rekaan berwarna-warni seperti kuning dan kelabu.

    Warna-warna tersebut mengingatkan kepada hiasan dalaman rumah di Eropah Utara yang serasi dengan sandal tradisional Jepun.

    Pelbagai jenis fabrik zori dijual di Merikoti di Wad Sumida, Tokyo. – ANN/Japan News

    Reka bentuk tali zori, yang dipanggil sebagai hanao, termasuk sulaman bunga dan corak buah biwa serta kelawar.

    Pemilik kedai, Tsudoi Kodaka, 52, berasal dari Tokyo dan merupakan generasi ketiga presiden Kodaka Meriyasu Industrial Ltd, sebuah syarikat tempatan yang telah berusia 75 tahun dan menghasilkan fabrik sulaman meriyasu.

    Syarikat itu telah menjual bahan tersebut kepada syarikat pakaian, namun Kodaka memutuskan untuk mencipta produk yang boleh dijual terus kepada pengguna, termasuk zori, stokin dan barangan lain.

    Fabrik meriyasu untuk tapak zori dianyam di kilangnya, dan syarikat itu telah mendapatkan beberapa pereka dari seluruh negara untuk menganyam bahan tersebut menjadi bentuk zori.

    Proses membuat tali dan menyambungkannya ke tapak juga dilakukan oleh pereka yang berbeza.

    “Kemahiran ramai pekerja digunakan untuk membuat zori kami,” kata Kodaka.

    Di kedai itu, terdapat sebuah mesin tenun lama yang telah digunakan selama lebih 80 tahun untuk mewariskan teknik tenunan kepada generasi akan datang.

    Tapak zori yang tebal adalah lembut dan kukuh. Ia juga selesa untuk dipakai,terutamanya pada musim panas. Kedai itu juga menjual stokin tabi di bawah jenama Tutumu yang boleh dipakai bersama zori.

    Kedai itu kini menarik lebih ramai pelancong asing berbanding sebelumnya. – ANN/Japan News

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Seorang maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi

    NEW DELHI, 28 JUN - Sekurang-kurangnya seorang maut dan beberapa lagi cedera apabila sebahagian bumbung runtuh di lapangan terbang New Delhi pada hari ini,...

    Xi bertemu PM Vietnam