Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sane diketepikan dua minggu

    MUNICH, 29 SEPT – Pemain Bayern Munich, Leroy Sane tidak akan beraksi selama dua minggu kerana mengalami kecederaan baharu di bahagian lutut yang sama ketika mewakili Manchester City musim lalu.

    Flick berkata Sane tidak dapat diturunkan sekurang-kurangnya sehingga berakhirnya perlawanan antarabangsa kerana kece-deraan di bahagian lutut. “Kami berharap selepas perlawanan antarabangsa dia akan kembali bersama kami,” kata Flick.

    Sane mengalami kecederaan ligamen pada sebelah kaki kanan musim lalu semasa bermain untuk Manchester City, menyebabkan dia terlepas hampir keseluruhan kempen 2019-2020.

    Sane tidak akan dipilih untuk beraksi dalam perlawanan Piala Super menentang Dortmund dan perlawanan Bundesliga menentang Hertha Berlin, dan besar kemungkinan akan terlepas perlawanan Liga Negara-Negara UEFA bersama Jerman menentang Ukraine dan Switzerland, dan perlawanan persahabatan Jerman menentang Turki yang dirancang pada 7 Oktober.

    Sane memulakan semua perlawanan Bayern sejak berpindah dari City – menjaringkan gol dalam penampilan sulung menentang bekas pasukannya Schalke – dan bermain dua perlawanan untuk Jerman menentang Sepanyol dan Switzerland bulan ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda