Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sang Kenari melonjak tangga ke-2

    KUALA LUMPUR, 18 APRIL – Kedah Darul Aman FC berjaya melupakan igauan buruk selepas  dibelasah 1-4 oleh Selangor FC minggu lepas dengan menumpaskan Penang FC, 2-1, dalam aksi Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya, Georgetown, malam kelmarin.

    Kejayaan diraih pasukan kendalian pengendali dari Singapura, Aidil Sharin Sahak dalam aksi ‘derby utara’ itu menyaksikan Kedah memintas Sabah FC untuk berada di tangga kedua liga dengan 12 mata selepas lima perlawanan, di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT).

    Biarpun Kedah menguasai perlawanan pada sepuluh minit pertama, namun Penang yang berjaya mengimbangi asakan naib juara Liga Super 2021 itu memperoleh gol pembukaan pada minit ke-16 menerusi penyerang dari Lubnan, Hilal El-Helwe, selepas mudah menolak masuk bola hantaran leret daripada sebelah kiri oleh T Saravanan. Penjaga gol Penang, Khatul Anuar Md Jalil kemudian bertindak cemerlang menafikan jaringan penyamaan Kedah selepas menepis keluar tandukan penyerang kelahiran Cameroon, Ronald Ngah  pada minit ke-28 dan kedudukan itu kekal sehingga waktu rehat.

    Bersambung babak kedua, serangan bertali arus ‘Sang Kenari’ ke kubu ‘Harimau Kumbang’  membuahkan hasil apabila Ronald menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62 selepas beliau dijatuhkan tonggak pertahanan, Ariff Ar-Rasyid Ariffin. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...