CHARLOTTE, AMERIKA SYARIKAT, 1 JUN – Michael Jordan merasa sangat sedih, benar-benar sedih dan marah.
Dengan para penunjuk perasaan turun ke jalan-jalan di seluruh Amerika Syarikat (AS) kelmarin, Jordan mengeluarkan kenyataan mengenai George Floyd dan pembunuhan orang kulit hitam di tangan polis.
“Saya sangat sedih, benar-benar sedih dan marah,” kata bekas bintang NBA dan pemilik Charlotte Hornets dalam kenyataan yang disiarkan di akaun media sosial jenama Jordan dan akaun Twitter pasukan itu.
“Saya melihat dan merasakan kesakitan, kemarahan dan kekecewaan semua orang. Saya berdiri teguh bersama mereka yang menyeru penghapusan prasangka perkauman dan keganasan terhapad orang-orang kulit berwarna di negara kita. Cukup-cukuplah.
“Saya tidak mempunyai jawapan, tetapi suara kolektif kita menunjukkan kekuatan dan keupayaan untuk dipecahkan oleh orang lain.
“Kita mesti saling mendengarkan, menunjukkan kasih sayang dan empati dan jangan sekali-kali berpaling daripada kekejaman yang tidak masuk akal. Kita perlu meneruskan ungkapan damai terhadap ketidakadilan dan menuntut kebertanggungjawapan,” tambahnya. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2020/06/page-23-B_02062020.jpg)