Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Sanggup beratur berjam-jam beri penghormatan Ratu Elizabeth II

    HONG KONG, 12 SEPT – Warga Hong Kong beratur dalam cuaca panas terik hari ini untuk memberi penghormatan kepada Ratu Britain Elizabeth II, sebahagiannya menyatakan nostalgia masa lalu penjajah bandar itu ketika China berusaha untuk menghapuskan perbezaan pendapat.

    Perhimpunan awam lebih empat orang ditegah di bawah peraturan koronavirus tetapi hari ini yang merupakan cuti umum di Hong Kong, barisan panjang orang ramai sekitar ratusan meter dapat dilihat di konsulat British di mana buku ucapan takziah telah dibuka untuk ditandatangani penduduk.

    Penantian selama tiga hingga empat jam tetapi orang ramai tetap datang walaupun cuaca panas 32 darjah Celsius dan amaran pencemaran udara.

    Hong Kong adalah tanah jajahan British selama lebih 150 tahun dan ketika hab kewangan itu dikembalikan ke China pada 1997, sejarah masa lalu terukir pada landskapnya, daripada nama jalan dan kewujudan Bahasa Inggeris di mana-mana hingga kepada sistem undang-undang common law.

    Emily Ng, 30, turut ikut beratur sambil memegang potret Ratu Elizabeth II yang dilukisnya.

    Neneknya, katanya, mengumpul setem dengan imej ratu dan ‘pernah memberitahu saya banyak cerita tentang kerabat diraja itu’.

    Ng berkata dia telah menulis surat kepada permaisuri berulang kali selama bertahun-tahun dan menerima balasan dari Istana Buckingham.

    “Oleh itu, saya berasa seperti ada kaitan dengan kerabat diraja itu, malah selepas penyerahan itu saya tetap ingin mengekalkan hubungan itu,” katanya kepada AFP. – AFP

    Orang ramai berkumpul dekat bunga yang diletakkan di luar konsulat British di Hong Kong pada 12 September susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...