Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Sanggup bunuh kawan hamil kerana anak’

    HOUSTON, 16 SEPT – Seorang wanita dibicarakan minggu ini selepas didakwa membunuh seorang kenalannya yang hamil dan memotong janin anaknya, sebagai usaha untuk mendakwa anak damit itu adalah anaknya.

    Taylor Parker, 29, berdepan hukuman mati atas tindakan yang dilakukan terhadap Reagan Simmons-Hancock, 21, pada Oktober 2020 di New Boston di timur laut Texas.

    Bagaimanapun, Parker mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu. Pendakwa raya berkata, Parker menyamar selama berbulan-bulan untuk kelihatan hamil kepada teman lelakinya dan menyiarkan di media sosial mengenai keadaan fizikal palsunya. Parker tidak boleh mempunyai anak sendiri, selepas dia menjalani histerektomi.

    Pendakwa raya berkata, Parker melakukan muslihat untuk membuat teman lelakinya menyangka dia sedang mengandung anaknya, selepas bimbang kehilangan lelaki itu.

    Pihak pendakwaan pada 9 Oktober 2020 memberitahu mahkamah, Parker pergi ke rumah Simmons-Hancock, rakannya yang berada di peringkat akhir kehamilan dan menikamnya lebih 100 kali, mencuri janin sebelum melarikan diri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda