Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sanggup tipu mengaku bapa Jennie Blackpink untuk jual buku

    Demi melariskan buku yang dijual, seorang individu mendakwa dirinya merupakan bapa kepada anggota kumpulan Blackpink iaitu Jennie.

    Lebih mengelirukan, individu tersebut memberitahu dia dan Jennie sudah lama terpisah sejak penyanyi itu masih kecil. Pengakuan tersebut mengundang kekeliruan dalam kalangan peminat sehingga ada yang termakan dengan penipuan lelaki tersebut.

    Tampil bersuara, syarikat pengurusan Jennie iaitu AO Entertaiment menegaskan dakwaan yang dibuat lelaki itu adalah palsu dan tidak benar. Malah pengakuan yang dibuat hanyalah sebagai taktik mempromosikan jualan bukunya.

    “Kami ingin menjelaskan bahawa semua perkara di atas tidak betul dan buku yang diterbitkan tidak ada kaitan dengan Jennie. Kami meminta peminat untuk tidak membeli buku tersebut bagi mengelakkan sebarang kerugian,” katanya.

    Dalam pada itu, pihak Jennie bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan atas kesalahan menyebarkan berita palsu.

    “Kami telah memfailkan saman jenayah terhadap pengedar buku ini atas penyebaran maklumat palsu, fitnah, dan gangguan perniagaan. Tindakan individu itu adalah jenayah yang jelas dan kami dalam usaha untuk mengumpul kesemua bukti,” jelasnya. – Agensi

    Jennie menegaskan dia tiada sebarang kaitan dengan individu itu. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda