Saturday, December 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sanjay berjaya atasi barah tahap empat

    Selepas dilaporkan berehat untuk menjalani rawatan kesihatan dan dikelilingi keluarga serta teman rapat yang sentiasa memberi semangat, aktor tersohor Bollywood, Sanjay Dutt mengumumkan dia akhirnya berjaya ‘menewaskan’ barah paru-paru tahap empat yang dihidapinya.

    Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Sanjay Dutt menerusi Twitter miliknya. Dia merakamkan kesyukuran serta berkongsi keadaan sukar yang sedang dialami.

    Menerusi perkongsian tersebut, Sanjay berkata, penyakit itu telah membawa banyak kesulitan kepadanya dan keluarga.

    “Beberapa minggu ini adalah masa yang sangat sukar bagi kami sekeluarga.

    “Tetapi seperti yang mereka katakan, Tuhan memberikan pertempuran paling sukar kepada askarnya yang terkuat.

    “Dan hari ini, pada hari ulang tahun anak-anak saya, saya gembira dapat keluar dari pertempuran ini dan memberi mereka hadiah terbaik iaitu kesihatan dan kesejahteraan keluarga,” katanya seperti dilaporkan India Times.

    Sanjay Dutt juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat atas doa mereka. – Agensi

    Sanjay Dutt pada Ogos lalu telah disyaki dijangkiti Covid-19 selepas mengadu mengalami gejala sesak nafas. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda