Sunday, January 29, 2023
23 C
Brunei

-

Sanjay Dutt hampir mengalah akibat kanser

Sanjay Dutt telah disahkan mengidap kanser paru-paru sejak 2020 ketika dia dalam kesibukan menyiapkan filem Shamshera.

Walau bagaimanapun ia tidak melemahkan semangat pelakon itu. Sanjay terus menjalankan kehidupannya yang sihat, dengan tidak meninggalkan aktiviti sukannya, serta menjalani rawatan.

Ia menceritakan kembali ketika pertama kali dia diberitahu bahawa dirinya menghidap kanser kepada ETimes.

“Saya awalnya mengalami sakit luar biasa pada bahagian punggung dan dada. Saya diberi terapi dengan air panas di botol dan ubat penahan sakit, sehingga suatu hari saya merasa susah untuk bernafas.

Saya dikejarkan ke rumah sakit, dan saat itulah doktor mengatakan yang saya menghidap kanser. Saya sedang bersendirian, tanpa ada keluarga di samping saya dan tiba-tiba doktor mengesahkan saya menghidap kanser,” kenang Sanjay.

Sanjay Dutt disahkan mengidap kanser, walau awalnya berputus asa, dia tetap jalani rawatan dan menyiapkan penggambaran filem, Shamshera. – Agensi

Sanjay yang masih ingat bagaimana mendiang ibunya, Nargis Dutt dulu berjuang melawan kanser, yang akhirnya meninggal, membuatkan Sanjay merasa lebih baik mati daripada menjalankan rawatan kemoterapi.

“Isteri saya yang berada di Dubai, dan kakak saya, Priya, pulang menjenguk saya.

Keluarga saya mempunyai sejarah kanser iaitu ibu saya meninggal karena kanser hati, isteri saya pertama (Richa Sharma) meninggal kerana kanser otak.

Itulah yang membuatkan saya berkata, “jika saya harus mati, maka saya akan mati, tetapi saya tidak akan menjalani perawatan apa pun,” katanya.

Walaupun sudah disahkan menghidap kanser, dia masih lagi fokus dengan kerjanya untuk menyiapkan filem.

“Filem ini adalah sebuah filem yang sangat bermakna kerana Sanju menyiapkan filem ini ketika dia menghadapi keadaan sukar dalam hidupnya dan juga hidup kami, tanpa mengeluh,” ungkap Priya Dutt. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -