Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sao Paulo pecat Crespo

    SAO PAULO, 14 OKT – Sao Paulo memecat bekas penyerang Argentina, Hernan Crespo daripada jawatan jurulatih selepas beberapa keputusan teruk, umum kelab Brazil itu hari ini.

    Crespo, 46, mengambil alih tugas Sao Paulo pada Februari hanya selepas tiga minggu mengetuai kelab kecil Argentina, Defensa y Justicia meraih gelaran Copa Sudamericana.

    Keputusan untuk berpisah “diambil menerusi persetujuan bersama selepas perbincangan antara jurulatih dan ‘lembaga pengarah Tricolore’,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

    Crespo memulakan tugas dengan positif di Brazil apabila membawa Sao Paulo meraih kejuaraan peringkat negeri pada Mei lalu sekali gus menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa piala.

    Bekas penyerang AC Milan dan Chelsea itu terkenal kerana menggunakan corak serangan untuk kelabnya tetapi prestasi kelab berkenaan merudum pada saingan liga Brazil musim ini termasuk tersingkir pada suku akhir saingan Copa Libertadores, kejohanan yang sama seperti kejohanan yang sama seperti Liga Juara-Juara tetapi berlangsung di Amerika Selatan.

    Crespo juga terpaksa berdepan situasi pemergian mengejut pertahanan veteran, Dani Alves pada September kerana bertelagah dengan kelab mengenai gaji tidak berbayar.

    Sao Paulo mencatat keputusan seri lima perlawanan terakhir mereka dan menduduki tempat ke-13 dalam liga 20 pasukan.

    Mereka hanya tiga mata di atas zon penyingkiran dengan berbaki 14 perlawanan. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Hernan Crespo semasa perlawanan bola sepak suku akhir Copa Libertadores menentang Palmeiras di Stadium Allianz Parque di Sao Paulo, Brazil. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda