BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Sapura Pelaut, aset penggerudian minyak dan gas Sapura Drilling Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat pembekal penyelesaian minyak dan gas huluan antarabangsa, Sapura Energy, telah meraikan 25 tahun kejayaan operasinya yang berterusan di negara ini.
Majlis Sambutan Jubli Perak Sapura Pelaut berkenaan telah diadakan di Indera Kawangan Ballroom, The Empire Hotel & Country Club, hari ini, dihadiri oleh kru Sapura Pelaut dan pemimpin kanan serta wakil dari Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) dan Sapura Energy.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)