Wednesday, November 27, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan

    GEORGE TOWN, 19 MEI – Meskipun ramai yang takut dengan lebah kerana sengatannya yang menyakitkan, namun serangga itu mempunyai peranan penting dalam ekosistem khususnya dalam bio-kepelbagaian dan keseimbangan alam sekitar.

    Bagaimanapun lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.

    Pegawai Pendidikan Kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V.Subbarow berkata ketika ini amat sukar untuk menemukan sarang lebah di Semenanjung, malah ramai pemelihara lebah tradisional sendiri mengakui bahawa koloni lebah juga semakin berkurangan.

    Beliau berkata penggunaan racun perosak pada tanaman, baja sintetik, tanaman yang diubah suai secara genetik dan perubahan iklim merupakan antara punca utama populasi lebah di negara ini semakin berkurangan.

    “Penggunaan racun perosak secara berleluasa mengancam kehidupan lebah hingga menyebabkan bilangannya semakin berkurangan di samping pembangunan tanah secara tidak terancang, yang turut memberi kesan terhadap habitat spesis serangga yang mesra pendebu-ngaan itu,” katanya kepada Bernama sempena Hari Lebah Sedunia yang disambut esok.

    Subbarow menjelaskan sebahagian besar lebah telah kehilangan sumber makanan yang diperlukan untuk terus hidup dan punca utamanya adalah disebabkan penggunaan bahan kimia dalam racun makhluk perosak dan baja tiruan yang boleh menjejaskan sistem saraf serangga tersebut.– Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda