Saturday, February 24, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Sarawak ambil langkah berjaga-jaga jika jumlah kes COVID-19 membimbangkan

    KUCHING, 7 DIS – Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan COVID-19 di negara berada pada tahap yang membimbangkan.

    Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata setakat ini keadaan masih terkawal, dengan kebanyakan kes jangkitan hanya melibatkan gejala yang ringan dan sekiranya keadaan tidak terkawal, beliau yakin pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan garis panduan.

    “Setiap acara yang kita anjurkan akan mengikuti garis panduan yang ditetapkan, apa yang perlu kita dilakukan atau sebaliknya,” katanya selepas merasmikan Hari Integriti Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di sini, hari ini.

    “Sekarang ini sesiapa yang kena COVID-19 tidak mempunyai gejala yang yang teruk, umpama selesema ringan sahaja, kecuali individu yang berusia dan berisiko di mana mereka perlu berjaga,” katanya.

    Ahad lepas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata 3,626 kes COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 iaitu dari 19 hingga 25 November lepas, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

    Beliau berkata majoriti kes iaitu 48 peratus melibatkan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh rancang hasilkan vaksin FMD untuk ternakan

    DHAKA, 23 FEB - Menteri Perikanan dan Ternakan Bangladesh, Abdur Rahman berkata kerajaan mempunyai rancangan untuk menghasilkan vaksin penyakit kaki dan mulut (FMD) untuk...