Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sarawak anjur Persidangan Karbon Asia pertama

    KUCHING, 16 FEB – Sarawak buat julung kalinya akan me-nganjurkan Persidangan Karbon Asia (ACC) 2023 di Kuching dari 15 hingga 16 Mac ini, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar negeri, Dr Hazland Abang Hipni, hari ini.

    Beliau berkata persidangan itu akan dirasmikan oleh Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan kira-kira 400 perwakilan dijangka menghadirinya.

    “Kira-kira 150 daripada peserta adalah peniaga karbon antarabangsa dari seluruh dunia,” katanya pada sidang media pengumuman acara itu di sini hari ini. Hazland berkata persidangan itu akan menampilkan pakar dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan beberapa negara lain yang akan berkongsi pandangan mengenai rangka kerja kawal selia dan masa depan pasaran karbon.

    “Ini adalah platform untuk membincangkan dan bertukar-tukar maklumat terkini, teknologi dan prosedur pasaran dalam perdagangan karbon,” katanya. – Bernama

    Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar negeri, Dr Hazland Abang Hipni. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...