Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak-Arab jalin kerjasama tenaga hijau

    KUCHING, 31 MEI – Sarawak bakal mengadakan pertemuan dengan syarikat antarabangsa dari negara Arab untuk memperluas peluang kerjasama dalam industri tenaga hijau di Bumi Kenyalang, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata kunjungan duta-duta besar anggota Kesatuan Eropah ke Sarawak sebelum ini bagi menzahirkan kesediaan berkolaborasi membuktikan pelabur luar yakin dengan komitmen negeri berkenaan ke arah membina ekonomi berteraskan sumber tenaga hijau selari dengan langkah menangani perubahan iklim dunia.

    “Saya amat yakin jika semua projek ini dan projek lain sudah menjadi kenyataan menjelang 2030, rakyat Sarawak akan berpeluang untuk menikmati pekerjaan yang memberikan gaji yang tinggi sekali gus melengkapkan status Sarawak sebagai sebuah kawasan maju dan berpendapatan tinggi.

    “Dalam pada itu, sekarang sudah ada beberapa program dan projek pembangunan yang dicadangkan hingga tahun 2050 yang akan terus memastikan kemajuan Sarawak berkekalan selepas 2030,” katanya dalam perutusan sempena perayaan Gawai Dayak 2024 yang disambut esok.

    Abang Johari berkata lawatan kerja beliau ke Seoul, Korea Selatan baru-baru ini membuahkan hasil apabila sebuah syarikat Korea bercadang untuk membina sebuah fasiliti bersepadu yang berasaskan tenaga hijau menerusi projek Hab Tenaga Baharu Sarawak (SNEH) di Bintulu dengan kos dijangka mencecah AS$460 bilion (RM2.158 trilion). – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda