KUCHING, 3 MAC – Sarawak dan Australia bakal menjalin kerjasama strategik dalam sektor penyimpanan tenaga bagi memperkukuh keperluan tenaga negeri itu pada masa hadapan. Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke berkata Australia juga berhasrat untuk menarik lebih ramai pelabur ke Sarawak. “Kami baru sahaja menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dalam penyimpanan tenaga bagi membantu Sarawak melihat keperluan tenaganya pada

