Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak bakal kurangkan kebergantungan import makanan

    GEDONG, 8 JUN – Kerajaan Sarawak akan mengumumkan pendekatan baharu bagi meningkatkan pendapatan dalam industri pertanian selain mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu susulan lawatan beliau ke projek Kilang Pelumat Isirung Sawit milik Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Lubok Antu di Sri Aman, baru-baru ini, yang menyaksikan terdapat potensi untuk Sarawak meningkatkan pendapatan pertanian, khususnya menerusi penternakan.

    “Jadi (hasil lawatan itu), ada sesuatu yang saya hendak umum hujung tahun ini. Ada caranya, maknanya pendapatan kita daripada pertanian akan meningkat dan tidak bergantung kepada import,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ibadah korban di sini hari ini.

    Beliau berkata ladang sawit boleh dijadikan sebagai pusat fidlot ternakan manakala sisa kelapa sawit berpotensi untuk diproses menjadi makanan ternakan, sekali gus dapat mengurangkan import bahan berkenaan.

    “Dalam fidlot itu kalau kita berikan makanan yang ada nutrien dicampur dengan rumput napier dan sisa (kelapa sawit) tadi, maknanya lembu (sebagai haiwan ternakan) akan mempunyai makanan yang berkualiti,” katanya. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap ketika menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Gawai 2025 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, pada 22 Mei. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda