Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak berpotensi tarik lebih ramai warga Jepun sertai S-MM2H

    KUCHING, 5 JUN – Sarawak mempunyai potensi besar untuk menarik lebih ramai warga Jepun menyertai program Sarawak-Malaysia My Second Home (S-MM2H) berikutan peningkatan jumlah pelancong dari negara matahari terbit itu. 

    Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata program SMM2H itu cukup popular dalam kalangan warga China dan boleh dipromosikan kepada warga Jepun yang berminat menyertainya.

    “Terpulang kepada mereka (warga Jepun) untuk melihat apa yang ada di Sarawak, tetapi apa yang dapat saya lihat, terutamanya daripada pemohon dari Eropah ataupun China, mereka melihat Sarawak ini sebagai satu tempat yang selamat dan mempunyai kemudahan perubatan yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Leo anjuran Kelab Lions di sini hari ini.

    Beliau berkata faktor keselamatan dan kemudahan perubatan yang berkualiti tinggi menjadi daya tarikan utama, khususnya bagi golongan warga emas yang lebih terdedah kepada masalah kesihatan.

    Bidang pendidikan turut menjadi faktor tarikan kepada warga asing untuk menyertai program SMM2H kerana anak-anak mereka berpeluang belajar di beberapa sekolah antarabangsa di Sarawak. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda